THE ULTIMATE AURA SUPER POWER OF ZIMA

A fine WordPress.com site

SIAPA YANG PATUT MENDAPATKAN TERAPI AURA AGUNG INI?.

Leave a comment

SIAPA YANG PATUT MENDAPATKAN TERAPI AURA AGUNG INI?.

Terapi Aura ini adalah untuk:-

1. Semua individu yang boleh digelar “ketua” (leader) dalam masyarakat, baik apa pun jawatan atau panggilan anda. Seperti guru dan jurulatih (instruktor) seni silat atau beladiri lain yang mempunyai anak buah yang ramai, para pengamal pengubatan secara batin yang mempunyai anak-anak murid. Pengetua, ketua kampung, ketua kelas, pengerusi sesebuah pertubuhan, malah ketua keluarga sekalipun. Ringkasnya, sesiapa sahaja yang boleh digelar “ketua” baik dalam komuniti besar mahupun komuniti kecil. Terapi Aura ini adalah untuk mengaktifkan kewibawaan dan karisma diri anda di mata anak-anak buah mahupun di mata masyarakat kerana siapa anda di mata masyarakat akan ditentukan oleh kewibawaan dan karisma yang ada pada anda. 
2. Semua individu yang mendapat perhatian masyarakat di sekeliling dan sering tampil di khalayak ramai seperti penyanyi, pelakon, usahawan berjaya yang selalu memberi ceramah-ceramah motivasi, fasilitator-fasilitator walau apa pun jurusan yang anda sampaikan dan seumpamanya. Ringkasnya, sesiapa sahaja yang sering mendapat perhatian masyarakat. Terapi Aura ini adalah untuk ketrampilan anda, untuk meningkatkan ‘aura’ dan pesona anda di kalangan masyarakat yang memandang.
3. Isteri-isteri atau suami-suami yang ingin dicintai, disayangi, dihormati dan sanjungi oleh suami atau isteri masing-masing. Melalui llmu Aura ini, sekiranya anda mempelajari, menghayati seterusnya mengamalkan dengan hati yang ikhlas, insya Allah apa yang anda inginkan akan menjadi kenyataan. Anda akan selalu “bercahaya di mata orang” dan mempunyai “aura” yang tersendiri. Ia adalah salah satu daripada ikhtiar yang boleh anda lakukan.
4. Lelaki atau wanita yang masih tercari-cari kekasih hati, walaupun umur telah meningkat tetapi tidak juga mendapat kekasih pujaan hati. Terapi Aura ini mampu membantu anda untuk memenuhi impian anda itu. Apa yang penting adalah anda mempelajarinya, menghayatinya, faham dan mengamalkannya dengan ikhlas. Insya Allah akan berhasil.
5. Lelaki atau wanita yang bermasalah dalam mendapat kasih sayang baik daripada tunang, kekasih, keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat sepejabat atau seumpamanya. Insya Allah, ilmu pengetahuan yang bakal anda pelajari ini akan dapat membantu.
6. Suami-suami yang berpoligami (berkahwin lebih daripada satu) iaitu untuk menjadikan isteri-isteri anda sentiasa bersefahaman, saling menghormati, tidak berlaku curang dan untuk kesejahteraan rumah-tangga anda. Tidak perlu anda berbelanja besar pergi “berubat” sedangkan anda sendiri akan mampu melakukannya setelah mempelajarinya sendiri. Namun perlu diingatkan bahawa, ilmu pengetahuan seumpama ini bukanlah untuk kepentingan diri sendiri dan kerana nafsu semata-mata, hati perlu ikhlas dan bukan berniat di sebaliknya.
7. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup berfikiran terbuka dan sanggup berminda optimistik, tiada memandang sesuatu di sudut negatif semata-mata, termasuklah berkaitan dengan ilmu-ilmu Aura yang akan diketengahkan ini. Anda perlu faham bahawa baik dan buruk itu ada di mana-mana dan begitu jugalah dalam soal ini. Sebenarnya, individu itu sendirilah yang akan menentukan jalan yang akan dilaluinya nanti berpandukan apa jua ilmu pengetahuan yang telah dipelajari, sama ada untuk kebaikan ataupun kejahatan.Perhatian:Terapi Aura ini tidak berfungsi untuk kejahatan. 
8. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang ingin memahami rahsia-rahsia ilmu Aura yang sememangnya telah wujud sejak zaman dahulukala lagi dan sanggup faham bahawa ilmu pengetahuan seumpama itu sebenarnya masih ada dan tersimpan di dada golongan tertentu dalam masyarakat kita.
9. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup membuka minda dan hati untuk memahami dunia ilmu Aura tanpa membuat kesimpulan awal tentangnya (selalunya kesimpulan negatif). Bak kata orang, “Hanya jauhari yang mengenal maknikam” dan “Tak kenal maka tak cinta”.
10. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang ingin mempelajari dengan pantas selok-belok ilmu Aura tanpa perlu pergi merantau ke seluruh ceruk rantau semata-mata ingin mempelajari, seterusnya menguasai ilmu-ilmu pengetahuan seumpama itu yang amat jarang didedahkan.
11. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang mengakui bahawa ilmu Allah itu amat luas dan tidak sekali berfikir secara negatif dengan keegoan bahawa tiada wujud ilmu pengetahuan seperti yang bakal dinyatakan.
12. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup membuang jauh keegoan dan membuka hati untuk berkongsi ilmu pengetahuan sesama manusia, sesungguhnya ilmu Allah sangat luas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s